Hornet's Unite 2.0 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Hornet's Unite 2.0

Hornet's Unite 2.0

SERDANG, 10 Disember – Program Hornet’s Unite 2.0 K12 merupakan program anjuran Sekretariat Blok, Kebajikan dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan sebagai inisiatif untuk mencungkil bakat dan minat mahasiswa Kolej Dua Belas dalam pelbagai bidang seperti sukan, seni kreatif dan pembangunan insaniah. Program ini juga merupakan salah satu medium bagi mahasiswa Kolej Dua Belas dalam menonjolkan keberanian, keyakinan diri dan kecaknaan terhadap kawasan sekeliling serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa Kolej Dua Belas.

 

Aktiviti Catan Mural yang dijalankan di salah satu blok kediaman Kolej Dua Belas.

 

Pengisian utama program ini terdiri daripada aktiviti Gotong Royong Perdana, Catan Mural, dan Sukaneka antara Blok. Program ini telah dijalankan secara berterusan selama lima minggu yang dikendalikan oleh ahli Sekretariat Blok, Kebajikan dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023.

Program ini bermula pada 10 Disember 2022 pada jam 8:30 malam yang dimulakan dengan aktiviti Sukaneka antara Blok iaitu sukan bola tampar. Walaupun terdapat kekangan cuaca semasa aktiviti ini dijalankan, namun aktiviti ini dapat diteruskan dengan lancar. Aktiviti sukaneka lain yang turut dijalankan adalah sukan futsal bagi lelaki, dan bola jaring bagi perempuan. Kesemua mahasiswa memberikan kerjasama yang jitu dan bersemangat dalam merangkul gelaran johan bagi semua pertandingan yang dipertandingkan. Seterusnya, aktiviti Gotong Royong Perdana telah dijalankan pada 11 Disember 2022. Aktiviti ini mendapat sambutan yang baik daripada mahasiswa Kolej Dua Belas. Antara kawasan yang terlibat adalah blok-blok kediaman, kawasan sekitar Kolej Serumpun dan kawasan kafeteria. Semua mahasiswa yang terlibat memberikan kerjasama yang memuaskan dalam menjalankan aktiviti gotong-royong ini. Pada masa yang sama, program Catan Mural turut dijalankan di setiap blok kediaman Kolej Dua Belas. Majlis Penutup Hornet’s 2.0 K12 telah diadakan pada 15 Januari 2023 pada 8:30 malam yang dirasmikan oleh Puan Nor Hasuzie Abdullatif, Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas, persembahan kumpulan Insignia Kolej Dua Belas, penyampaian hadiah pemenang dan penyerahan sijil kepada ketua aras. Majlis berakhir dengan sesi mengimbas kod QR yang disediakan untuk pengisian merit kehadiran.

Aktiviti sukaneka bola jaring.

 

Majlis Penutup Hornet’s Unite 2.0 K12 yang dihadiri oleh tetamu jemputan diiringi oleh Penolong Ketua Felo, Encik Karthik dan Pengarah Program.

 

Persembahan daripada kumpulan Insignia Kolej Dua Belas di Majlis Penutupan Hornet’s Unite 2.0 K12.

 

Aktiviti Gotong-Royong Perdana yang dijalankan di blok-blok  kediaman Kolej Dua Belas.

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 15/03/2023 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGBA4~