HERITAGE FUSION K12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » HERITAGE FUSION K12

HERITAGE FUSION K12

LAPORAN BERITA

HERITAGE FUSION

K12 KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

SERDANG, 5 DISEMBER – Program Heritage Fusion K12 merupakan program anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan mencungkil bakat mahasiswa Universiti Putra Malaysia dalam bidang seni persembahan khususnya dalam bidang tarian dengan menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari. Melalui program ini, mahasiswa dapat memupuk perpaduan dalam diri mereka melalui seni persembahan dan kerja berpasukan untuk menghasilkan satu karya persembahan yang menarik. Bukan itu sahaja, program ini juga memberi peluang kepada para mahasiswa untuk mempromosikan kepelbagaian warisan budaya dan menghayatinya melalui tarian tersebut. Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung memberi mereka gambaran dan pengalaman sebenar perjalanan anak seni dalam penghasilan karya persembahan tarian di samping menerapkan kemahiran insaniah dalam diri menjadikan mereka mahasiswa yang unggul.

 

Program ini telah menyaksikan pertandingan melalui tiga kategori penyertaan iaitu secara solo, duo dan berkumpulan. Peserta bebas memilih tema tarian yang ingin dipersembahkan berdurasi tidak lebih daripada 5 minit. Kesemua persembahan peserta telah dinilai oleh tiga orang juri yang diketuai oleh Encik Oween Ordine, Koreografer Kelab Seni Tari Badansa, Encik Karthik a/l Parasmiparan yang merupakan bekas Felo Kebudayaan Kolej 12, UPM dan dibantu oleh Encik Kannan Balan yang bergiat aktif sebagai koreografer atau penari dalam Kelab PUTRA Kalakshetra.

 

Program ini bermula pada jam 8:30 malam dengan ketibaan felo dan para juri diiringi oleh pengarah program. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan dengan agenda utama iaitu persembahan daripada peserta. Program Heritage Fusion K12 telah menerima 6 penyertaan yang terdiri daripada 14 orang pelajar UPM. Seramai 88 orang penonton yang hadir pada malam itu telah disajikan dengan tiga persembahan secara solo, dua persembahan secara duo dan satu persembahan berkumpulan. Bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan para peserta yang menarik, program Heritage Fusion K12 turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada Saudari Vaisshali a/p Keerthi, dari Kolej 12 yang mempersembahkan alat muzik veenai, Saudara Callister Glenn Melbin anak Robin dan Saudara Muhammad Nizamuddin Mumtaz Khan yang merupakan peserta dalam Separuh Akhir Senada Putra 17 dari Kolej Dua Belas. Setelah kesemua peserta selesai melakukan persembahan, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Cik Nur Adila Rosidi, Ketua Felo Kolej Dua Belas. Program kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama barisan juri dan peserta. Pada jam 10:30 malam, para penonton mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum majlis bersurai.

 

Gambaran 1 menunjukkan ketibaan felo dan para juri diiringi pengarah program masuk ke dalam dewan.

 

Gambaran 2 menunjukkan pengarah program Heritage Fusion K12 sedang memberikan ucapan.

 

Gambaran 3 menunjukkan persembahan secara duo daripada salah satu peserta.

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama barisan juri dan peserta Heritage Fusion K12.

Tarikh Input: 03/01/2025 | Kemaskini: 03/01/2025 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (06:38:24pm-06:43:24pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]