Gotong - Royong : Benevo Bakti X Agriva
KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026
SERDANG, 28 JUN – Program Gotong - Royong: Benevo Bakti X Agriva merupakan program anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan merupakan satu inisiatif kesukarelawanan yang bertujuan menjalankan aktiviti pembersihan dan penyediaan kawasan tapak AGRIVA 2 di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Melalui program ini, peserta diberi pendedahan tentang tanggungjawab dalam memelihara alam sekitar serta memupuk sikap prihatin terhadap isu pencemaran yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat. Penglibatan dalam aktiviti gotong-royong ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di samping memberi peluang kepada peserta untuk mengembangkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan.
Program dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan ketibaan peserta dan staff serta sarapan pagi di Tapak AGRIVA 2, Kolej Serumpun, UPM. Pada pukul 9.20 pagi, ketibaan Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa, Pengetua Kolej Dua Belas disusuli dengan ucapan perasmian dan sesi bergambar bersama peserta. Para peserta dan staf mula meregangkan badan bagi memulakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti seterusnya diteruskan dengan kerja-kerja gotong-royong pembinaan batas yang bermula pada pukul 9.45 pagi.
Dalam Program Gotong - Royong : Benevo Bakti X Agriva, aktiviti utama yang dijalankan ialah pembinaan batas bagi kebun AGRIVA 2 sebagai usaha menyediakan kawasan penanaman yang lebih sistematik dan sesuai untuk penyemaian benih pokok untuk manfaat pelajar. Aktiviti dimulakan dengan kerja pembersihan kawasan daripada rumput, batu dan sisa yang boleh mengganggu proses penanaman sebelum tanah digemburkan bagi meningkatkan pengudaraan serta saliran. Seterusnya, peserta bekerjasama membentuk timbunan tanah menjadi batas yang tersusun dan
lebih tinggi daripada permukaan sekeliling bagi mengelakkan takungan air serta membantu pertumbuhan akar tanaman dengan lebih baik. Di samping itu, penyediaan batas turut memudahkan proses penyiraman, pembajaan dan penjagaan tanaman pada masa akan datang. Sepanjang aktiviti berlangsung, peserta membahagikan tugasan seperti menggembur tanah, meratakan permukaan batas dan menyediakan ruang penyemaian, sekali gus menjadikan pembangunan kebun AGRIVA 2 sebagai platform untuk memupuk semangat kerjasama, kesukarelawanan serta kesedaran terhadap amalan pertanian lestari dalam kalangan mahasiswa.
Tepat pukul 11.30 pagi, aktiviti pembinaan batas telah siap dilakukan serta makan tengah hari. Para peserta dan staf pengurusan mengambil masa ini untuk menjamah makanan tengah hari sekaligus berehat sebentar sebelum melakukan aktiviti pembersihan kawasan sekitar dan penyimpanan barangan dan alatan berkebun dan pembinaan batas. Pada pukul 1.00 petang, segala aktiviti pembersihan telah disiapkan. Para peserta dan staf mempersiapkan diri untuk bersurai. Program Gotong - Royong : Benevo Bakti X Agriva dilakukan dengan dengan jayanya.

Gambar 1: Ketibaan peserta dan pihak pengurusan.

Gambar 2: Ucapan perasmian dari Pengetua Kolej Dua Belas.

Gambar 3: Sesi bergambar bersama tetamu kehormat, pihak pengurusan Kolej Dua Belas danahli jawatankuasa serta barisan peserta.

Gambar 4: Aktiviti regangan badan.

Gambar 5: Aktiviti pembinaan batas.
Tarikh Input: 16/07/2026 | Kemaskini: 16/07/2026 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR