Everlasting Destiny, Together We Strive Carnival | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Everlasting Destiny, Together We Strive Carnival

Everlasting Destiny, Together We Strive Carnival

Oleh: Khairunnisa Khairulazlan 

SERDANG, 10 Januari – Everlasting Destiny, Together We Strive Carnival merupakan sebuah carnival yang dijalankan untuk memperkenalkan budaya tradisi Cina kepada mahasiswa Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia akan diperkenalkan melalui pelbagai aktiviti yang sangat menarik seperti pengenalan kepada kepelbagaian makanan popular di kampung halaman masing-masing. Ia juga melibatkan penerapan budaya dan nilai-nilai yang diwarisi daripada nenek moyang melalui pelbagai pertandingan. Pada masa yang sama, bakat mahasiswa dalam bidang nyanyian juga dapat dicungkil melalui penganjuran karnival ini.

Kelab Generasi 12, Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan Kaum, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Bersama Kolej Empat Belas Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Everlasting Destiny, Together We Strive Carnival ini dipercayai telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada awal rancangan program iaitu memperkenalkan berbagai-bagai warisan makanan popular di Malaysia, mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan mahasiswa selain dapat menerapkan nilai-nilai positif melalui cerita-cerita mitos serta legenda kaum Cina. Aktiviti-aktiviti ini dipercayai telah menimbulkan sikap menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi kaum di Malaysia dalam diri para peserta. Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit: Terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas, Pengetua Kolej Dua Belas dan pihak Pengurusan Kolej Dua Belas serta barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2020/2021 yang banyak memberi dorongan, nasihat dan semangat bagi meneruskan pelaksanaan program ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa Kelab Generasi 12 yang telah bersungguh-sungguh menjayakan karnival ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah menyertai karnival ini walaupun tempoh masa penyertaan yang diberi adalah singkat. Everlasting Destiny, Together We Strive Carnival tidak akan Berjaya tanpa penglibatan secara langsung ataupun secara tidak langsung dari anda semua.

Tarikh Input: 10/01/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGBAD~