CERAMAH AGAMA BERSAMA USTAZ ADNIN:
BERKATKAH ILMU YANG AKU PELAJARI? SEDANGKAN AKU PENDOSA?
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 20 NOVEMBER – Program Ceramah Agama Bersama Ustaz Adnin: Berkatkah Ilmu Yang Aku Pelajari? Sedangkan Aku Pendosa? merupakan program anjuran Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Program ini bertujuan bagi melahirkan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yang seimbang dari segi rohani dan akademik. Ia juga dapat memberikan kesedaran kepada peserta tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sememangnya wajib untuk menuntut ilmu. Program ini berupaya menjadi salah satu medium bagi mendorong mahasiswa UPM untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab seorang muslim untuk menuntut ilmu. Seterusnya dapat menjadikan mahasiswa UPM insan yang lebih baik walaupun pernah terjerumus dalam perbuatan dosa untuk meneruskan pelajaran mereka.
Program ini bermula pada jam 8:00 malam dengan ketibaan penceramah jemputan dan juga para tetamu kehormat termasuk pengetua kolej yang diiringi oleh pengarah program. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudiannya diteruskan lagi dengan agenda utama iaitu ceramah daripada penceramah jemputan yang dinanti-nantikan. Program Ceramah Agama Bersama Ustaz Adnin berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran ramai peserta iaitu seramai 328 orang peserta daripada pelbagai kolej seluruh UPM. Setelah selesai sahaja ceramah yang disampaikan oleh penceramah iaitu Ustaz Adnin, beliau memberikan ruang kepada peserta untuk bertanyakan soalan yang terpendam di dalam hati mereka kepada ustaz. Kesemua peserta yang bertanyakan soalan, menerima sebuah buku yang ditulis sendiri oleh ustaz secara percuma. Setelah selesai sesi soal jawab antara peserta dengan ustaz, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan iaitu Ustaz Adnin yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa, Pengetua Kolej Dua Belas sebagai tanda penghargaan. Program kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama Ustaz Adnin dan para peserta. Pada jam 10:45 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi pengisian merit dan kemudiannya meneruskan aktiviti pembelian buku yang dijual oleh pihak Ustaz Adnin sebelum majlis bersurai.
|
|
|
Gambaran 1 menunjukkan perarakan masuk penceramah dan para tetamu kehormat diiringi pengarah program masuk ke dalam dewan.
|
|
|
|
Gambaran 2 menunjukkan pengarah program Ceramah Agama Bersama Ustaz Adnin sedang memberikan ucapan.
|
|
|
|
Gambaran 3 menunjukkan pendaftaran peserta.
|
|
|
|
Gambaran 4 menunjukkan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.
|
|
|
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama penceramah jemputan dan peserta Ceramah Agama Bersama Ustaz Adnin. |
Tarikh Input: 17/12/2024 | Kemaskini: 17/12/2024 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR