CAMPUS ART CHALLENGE | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » CAMPUS ART CHALLENGE

CAMPUS ART CHALLENGE

SERDANG, 13 MEI – Program Campus Art Challenge merupakan program anjuran Sekretariat Blok, Kebajikan, dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan bertujuan untuk membuka peluang dalam mengasah bakat kesenian tradisional dan memupuk budaya menyayangi alam sekitar di kalangan mahasiswa Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Bukan itu sahaja, program ini dijalankan dengan tujuan mengekalkan persekitaran kolej yang bersih dan kondusif setelah amalan tradisi ini dihentikan seketika sempena bulan Ramadan yang telah berlalu. Inisiatif program ini dilaksanakan adalah untuk untuk memupuk semangat cinta akan kampus khususnya kepada mahasiswa Kolej Dua Belas. Malah, program ingin bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dalam diri mahasiswa untuk menjaga kebersihan kawasan sekeliling dan kediaman masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong Aidilfitri, pertandingan anyaman ketupat, peragaan pakaian tradisional, pertandingan debat spontan dan pertandingan poster bertemakan kehidupan kampus.

Program ini bermula pada 8:15 malam diiringi oleh Saudari Fatin Nadhirah selaku juruacara yang membuka majlis dan menjemput kehadiran tetamu bagi program Campus Art Challenge. Program diteruskan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program. Program diteruskan lagi dengan pengisian-pengisian utama yang telah ditetapkan bagi memastikan tujuan program ini tercapai. Program Campus Art Challenge telah dihadiri oleh seramai 250 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang berlangsung di Dewan Putra 2. Banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para tetamu yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup juruacara, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan pendaftaran peserta Campus Art Challenge di Dewan Putra 2.

 
 

Gambaran 2 menunjukkan tetamu jemputan sedang memberi ucapan perasmian Program Campus Art Challenge.

 

Gambaran 3 menunjukkan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang disampaikan oleh Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas.

 

Gambaran 4 menunjukkan persembahan nyanyian daripada mahasiswa Kolej Dua Belas.

 
 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar antara peserta yang hadir bersama tetamu jemputan.

Tarikh Input: 12/07/2023 | Kemaskini: 12/07/2023 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFUAW~