BICARA ROHANI BERSAMA IDDIN RAMLI: SURAT UNTUK JIWA YANG LELAH
KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026
SERDANG, 13 JANUARI – Program Bicara Rohani Bersama Iddin Ramli: Surat Untuk Jiwa Yang Lelah merupakan program anjuran Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan membentuk keseimbangan rohani dan emosi dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini menjadi medium pengisian jiwa bagi membantu mahasiswa yang sedang menempuh cabaran kedewasaan untuk kembali memperkukuh hubungan dengan Tuhan. Melalui gaya penyampaian reflektif dan menyentuh hati oleh Iddin Ramli, program ini diharap dapat menyuntik semangat baharu dalam diri mahasiswa untuk terus melangkah, memperbaiki diri serta menjadikan keimanan sebagai sumber kekuatan dalam menempuh kehidupan sebagai insan berilmu.
Program bermula pada pukul 7.45 malam dengan pendaftaran peserta, diikuti dengan ketibaan barisan tetamu kehormat dan penceramah jemputan, Iddin Ramli pada pukul 8.00 malam.
Sesi utama Bicara Rohani berlangsung dari pukul 8.30 malam hingga 10.00 malam, di mana penceramah menyampaikan perkongsian berbentuk rekflektif dan motivasi yang menyentuh emosi serta memberi ruang kepada peserta untuk merenung makna ketenangan sebenar, memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada Tuhan. Penyampaian yang penuh hikmah ini berjaya menarik perhatian peserta dan memberi kesan mendalam terhadap kesejahteraan rohani dan emosi para peserta. Program diteruskan dengan sesi soal jawab dari pukul 10.00 malam hingga 10.30 malam, yang memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi persoalan serta mendapatkan panduan secara langsung kepada penceramah.
Majlis kemudian diteruskan pada pukul 10.30 malam dengan sesi penyampaian saguhati yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa, Pengetua Kolej Dua Belas, diiringi oleh Pengarah Program kepada penceramah jemputan, Iddin Ramli. Seterusnya, sesi bergambar rasmi berlangsung pada pukul 10.40 malam melibatkan barisan tetamu kehormat, penceramah jemputan, barisan felo, barisan AJK dan para peserta sebelum majlis bersurai secara rasmi pada pukul 11.00 malam.
![]() |
|
Gambar 1: Ketibaan dan pendaftaran peserta.
|
![]() |
|
Gambar 2: Ketibaan barisan tetamu kehormat dan penceramah.
|
![]() |
|
Gambar 3: Sesi Bicara Rohani berlangsung.
|
![]() |
|
Gambar 4: Sesi soal jawab bersama penceramah.
|
![]() |
|
Gambar 5: Sesi penyampaian saguhati kepada penceramah.
|
Tarikh Input: 04/02/2026 | Kemaskini: 04/02/2026 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR