Bersih Disebabkan Ada Sikap Kerjasama | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Bersih Disebabkan Ada Sikap Kerjasama

Bersih Disebabkan Ada Sikap Kerjasama

Oleh: Nur'Ain Sharifuddin 

SERDANG, 15 Februari - Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak faedah kepada pelajar antaranya adalah amalan gotong-royong dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan pelajar di kolej. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” merupakan kata yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan kerjasama itu sangat penting.

Gotong royong membersihkan sekitar blok-blok kediaman Kolej Dua Belas telah diadakan pada baru-baru ini. Justeru, hubungan silaturrahim dikalangan kaum juga dapat dieratkan dengan adanya aktiviti ini. Gotong-royong adalah amalan yang dilakukan oleh pelajar secara bekerjasama dan saling tolong menolong dengan secara sukarela.

Tujuan gotong royong ini diadakan adalah bagi menceriakan kawasan blok kediaman selain mengenal pasti fasiliti-fasiliti di blok kediaman yang tidak dapat digunakan lagi bagi diajukan ke pihak pengurusan. Gotong royong ini dibahagikan mengikut aras diketuai oleh ketua aras masing-masing untuk membahagikan tugasan kepada penghuni aras tersebut. Aktiviti ini yang bermula pada jam 7.30 pagi sehingga sekitar 11 pagi berjaya meningkatkan kebersihan dan keceriaan disekitar blok kediaman. 

  

Majlis Perwakilan Kolej Dua Belas mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar yang turut serta dalam aktiviti gotong royong ini. Diharapakan para pelajar dapat meneruskan sikap tolong menolong antara satu sama lain dan menjaga kebersihan di kawasan blok kediaman. 

Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 27/02/2020 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGBAO~