AXEL 12: Digital Intelligence | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » AXEL 12: Digital Intelligence

AXEL 12: Digital Intelligence

SERDANG, 20 Mac Axel 12: Digital Intelligence merupakan anjuran Sekretariat Akademik dan Pembangunan Siswa, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Pusat Pembangunan Akademik, Univerisiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan terhadap penggunaan bahan digital dalam diri mahasiswa Univerisiti Putra Malaysia (UPM) khususnya untuk pembelajaran. Selain itu, program ini juga mampu menjadi medium untuk mencungkil bakat dan minat mahasiswa dalam penggunaan bahan digital khususnya dalam penghasilan video dan animasi kreatif. Program ini juga memberi pendedahan tentang penggunaan Microsoft Office khususnya Microsoft Power Point dan Excel serta penggunaan iPad kepada mahasiswa untuk digunakan dalam pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian mereka.

 

Program ini telah berlangsung selama tiga minggu bermula dari 29 November 2021 hingga 19 Disember 2021 yang telah dilaksanakan melalui medium dalam talian iaitu Instagram, Goggle Meet dan Youtube TwelveTV! Antara pengisian program ini adalah Pertandingan Video dan Animasi Kreatif dalam Pembelajaran yang telah berlangsung daripada 29 November 2021 hingga 14 Disember 2021 melalui medium dalam talian Instagram, Bengkel Microsoft Education dan Bengkel iPad in Education yang telah berlangsung pada 12 Disember 2021 melalui medium dalam talian Google Meet, e-Forum:Digitalisasi dalam Pembelajaran dan Majlis Penutupan yang telah berlangsung pada 19 Disember 2021 melalui medium dalam talian Youtube live TwelveTV! Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Ts Dr. Nur Izura. Seramai 943 penyertaan daripada pelbagai kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia yang telah mengikuti program Axel 12: Digital Intelligence ini.

 

Program Axel 12: Digital Intelligence ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar serta dapat membantu kepada kemajuan negara mengikut pengedaran zaman dari semasa ke semasa. Program ini diharap dapat memberi pendedahan tentang digitalisasi dalam pembelajaran lebih-lebih lagi semasa pembelajaran norma baharu ini. Program ini juga dilihat mampu mencungkil bakat dan minat mahasiswa UPM dalam penggunaan bahan digital khususnya dalam bidang video kreatif dalam kalangan mahasiswa. Di samping itu, program ini mampu melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi dalam penggunaan bahan digital.

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFRAr~