ANUGERAH KENCANA BAIDURI 3.0
KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026
SERDANG, 9 NOVEMBER – Program Anugerah Kencana Baiduri 3.0 merupakan program anjuran Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini dianjurkan bagi menghargai usaha mahasiswa yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Program ini juga diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah berusaha gigih dalam mencapai keputusan cemerlang sepanjang semester pengajian serta menyuntik semangat dan motivasi kepada mahasiswa lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Di samping menjadi medium apresiasi, program ini turut memainkan peranan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan Kolej Dua Belas dan mahasiswa Kolej Dua Belas melalui pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian akademik mereka. Penganjuran ini juga berperanan dalam memupuk budaya menghargai ilmu, disiplin dan kesungguhan dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi mahasiswa yang berdaya saing secara sihat dan berpotensi tinggi dalam kebolepasaran graduan.
Program Anugerah Kencana Baiduri 3.0 merupakan sebuah majlis penganugerahan akademik yang menghimpunkan para pelajar Kolej Dua Belas yang telah mencapai kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan mereka. Program ini menyaksikan penyampaian anugerah melalui tiga sesi utama, merangkumi pelbagai kategori penghargaan akademik yang disampaikan secara rasmi oleh pihak pengurusan kolej serta wakil pimpinan Majlis Perwakilan Kolej.
Majlis ini bermula pada pukul 8.30 malam dengan ketibaan tetamu kehormat yang disambut oleh pengarah program. Program diteruskan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Putra Gemilang”, diikuti dengan ucapan daripada pengarah program dan Pengetua Kolej Dua Belas. Agenda kemuncak program adalah sesi penyampaian anugerah yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Sesi Pertama, Sesi Kedua dan Sesi Ketiga. Setiap penerima anugerah telah dijemput ke pentas untuk menerima penghargaan berdasarkan kategori masing-masing.
Selain sesi penyampaian anugerah, program turut diserikan dengan persembahan selingan bagi memeriahkan suasana majlis dan memberi ruang interaksi santai kepada para hadirin. Seramai 250 peserta dan tetamu hadir bagi memeriahkan program, menunjukkan sambutan yang sangat baik daripada mahasiswa Kolej Dua Belas.
Setelah semua anugerah disampaikan, majlis diteruskan dengan sesi bergambar rasmi bersama penerima anugerah, barisan ahli jawatankuasa, felo dan tetamu kehormat. Pada pukul 10.05 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum majlis ditamatkan dan hadirin bersurai dengan teratur.
![]() |
|
Gambar 1: Ketibaan pengetua dan para tetamu kehormat diiringi oleh pengarah program masuk ke dalam dewan.
|
![]() |
|
Gambar 2: Pengarah program sedang memberikan ucapan.
|
![]() |
|
Gambar 3: Sesi penyampaian sijil kepada para peserta.
|
![]() |
|
Gambar 4: Persembahan nyanyian sebagai persembahan selingan.
|
![]() |
|
Gambar 5: Sesi bergambar bersama tetamu kehormat dan para peserta.
|
Tarikh Input: 19/01/2026 | Kemaskini: 19/01/2026 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR