Alumni Talk: Different Or One Direction | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Alumni Talk: Different or One Direction

Alumni Talk: Different or One Direction

SERDANG, 31 Mac – Alumni Talk: Different or One Direction (ATDOOD) diadakan pada 26 Mac 2022 dan program ini dianjurkan oleh Sekretariat Alumni dan Kesukarelawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini merupakan satu program perkongsian bersama Puan Habibah Adnan yang merupakan alumni UPM dalam jurusan Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris), pada tahun 1998 – 2001 dan Sarjana Komunikasi Korporat pada tahun 2006 – 2008. Puan Habibah merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat di Agensi Nuklear Malaysia (lebih dikenali sebagai Nuklear Malaysia) dan telah berkhidmat di Nuklear Malaysia sejak tahun 2003. Program ini telah diadakan untuk memberi pendedahan mengenai persediaan menghadapi permulaan kerjaya dan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang hala tuju selepas menamatkan pengajian di UPM.

Program ini telah dilaksanakan secara maya menggunakan medium atas talian (Youtube Live) di akaun TwelveTV! di bawah kelolalan Majlis Perwakilan Kolej Dua Belas. Penyertaan bagi program ini adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar UPM. Program ini telah berjaya menerima sebanyak 139 penyertaan dalam kalangan pelajar UPM.

Program ATDOOD ini telah dimulakan pada jam 8.30 malam dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang, diikuti dengan bacaan doa sebelum diserahkan terus kepada Puan Habibah untuk berkongsi serba sedikit tentang diri beliau dan perjalanan hidup beliau sepanjang menjadi pelajar di UPM dan seterusnya di alam pekerjaan. Perkongsian dari Puan Habibah sedikit sebanyak dapat bagi memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu dan supaya pelajar mampu untuk meningkatkan kebolehpasaran diri setelah menamatkan pengajian di UPM.

 

Gambar 1: Puan Habibah berkongsi tentang poster & infografik yang direka oleh Nuklear Malaysia untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah di Malaysia.

 

Gambar 2: Sesi soal jawab yang diadakan mendapat sambutan dari para peserta.

 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFRA6~