Adobe Photoshop 3.0 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Adobe Photoshop 3.0

Adobe Photoshop 3.0

Oleh: Bakhtiar Baharudin

SERDANG, 16 Februari – Bengkel Adobe Photoshop 3.0 merupakan sebuah program anjuran Sekretariat Teknologi Maklumat dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Bengkel ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa Kolej Dua Belas mengenai penggunaan perisian Adobe Photoshop.  Kemahiran menggunakan perisian ini merupakan suatu nilai tambah dalam diri mahasiswa kerana dunia pekerjaan pada masa ini memerlukan mahasiswa utk menguasai perisian tersebut. Penceramah bagi Bengkel Adobe Photoshop 3.0 ini ialah Encik Khairul Najmi bin Mohd Yusof. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop dan telah mengendalikan banyak bengkel sebelum ini.

Pengisian utama program ini termasuklah slot pengenalan kepada perisian Adobe Photoshop dimana para peserta akan diperkenalkan dengan asas perisian tersebut seperti tools, filters, shortcuts dan sebagainya yang akan menjadi kebiasaan apabila menggunakan Adobe Photoshop. Selain itu, para peserta juga telah diperkenalkan dengan teori dalam penciptaan poster dan infografik. Kemahiran mencipta poster atau infografik ini amat penting kerana poster yang berkesan mampu menarik perhatian umum seterusnya meningkatkan visibiliti sesuatu program atau pertandingan.

Bengkel ini bermula tepat pada pukul 8:30 pagi dimana peserta mula memasuki Google Meet untuk sesi pendaftaran. Seterusnya, penceramah mula memasuki Google Meet pada pukul 9:00 pagi. Bengkel diteruskan lagi dengan ucapan aluan dan bacaan doa pembuka daripada Pengarah Program iaitu Muhammad Bakhtiar Baharudin. Usai ucapan aluan dan bacaan doa, penceramah memulakan slot 1 iaitu slot pengenalan Adobe Photoshop sehingga jam 11:00 pagi. Bengkel kemudian berhenti rehat sebentar sehigga jam 11:15 pagi. Kemudian, bengkel diteruskan lagi dengan sambungan daripada slot 1 sehingga jam 12:30 tengah hari. Bengkel sekali lagi berhenti rehat pada jam 12:30 tengah hari sehingga jam 2:30 petang bagi memberi laluan kepada para peserta, ahli jawatankuasa pelaksana dan penceramah untuk makan tengah hari dan solat zohor. Seterusnya, bengkel diteruskan lagi dengan slot 2 iaitu slot praktikal penggunaan Adobe Photoshop sehingga jam 3:00 petang dan kemudian diteruskan lagi dengan pembentangan poster oleh peserta sehingga jam 3:30 petang. Para peserta memberikan komen yang positif serta aktif dalam bertanyakan soalan kepada penceramah. Akhir sekali, penganjuran bengkel ini diharap mampu melatih mahasiswa kolej dua belas mencipta karya digital seperti poster dan infografik yang lebih berkesan. Selain itu, penganjuran bengkel ini juga diharap dapat melahirkan mahasiswa yang celik dan mahir dalam penggunaan IT.

Tarikh Input: 16/02/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFSAL~