Pertanian Bandaran: Fertigasi Tanaman Terung | KOLEJ DUA BELAS
» ARTIKEL » Pertanian Bandaran: Fertigasi Tanaman Terung

Pertanian Bandaran: Fertigasi Tanaman Terung

Pertanian dalam konteks kehidupan masyarakat hari ini lebih dinamik dengan perkembangan teknologi pertanian dan ianya turut menyumbang kepada kelestarian ekonomi negara. Transformasi pertanian bandaran merupakan satu inisiatif Universiti Putra Malaysia (UPM) melestarikan pertanian bandaran bagi menggalakkan komuniti bercucuk tanam dalam kawasan tanaman yang minimum meliputi kemahiran dan inovasi yang dihasilkan bagi mengeluar sendiri bahan makanan yang segar, berkhasiat dan selamat.  Mengikut definisi UPM – Pertanian bandaran merupakan aktiviti penanaman dan pemeliharaan oleh komuniti di dalam dan di sekitar bandar secara rekreasi dan santai untuk keperluan keluarga atau tambahan pendapatan.

Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Dua Belas

Bagi melonjakkan penglibatan komuniti terhadap perlaksanaan Transformasi Pertanian Bandaran sebagai satu kaedah penjimatan kos sara hidup terutama kepada komuniti bandaran, disamping mencapai keselesaan kehidupan dari keluaran makanan sendiri berbagai variasi yang sihat dan selamat, UPM merancangkan beberapa program dan aktiviti yang lebih berfokus dan berimpak termasuk mewujudkan plot pertanian bandaran di setiap PTJ UPM.

Projek Pertanian Bandaran secara Fertigasi bertempat di Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia telah bermula awal November 2021. Permulaan projek ini penanaman adalah sebanyak 150 pokok terung secara fertigasi telah dijalankan. Hasil tuaian terung bermula dari awal Januari 2022 sehingga pertengahan Februari 2022 adalah sebanyak 80 kg.

  

Tanaman Terung (Solanum melongena) adalah sejenis sayuran buah daripada keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Tumbuhan yang tumbuh menegak ini mampu mencecah ketinggian sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) dengan lazimnya mempunyai ciri daunnya besar, ada lobus yang kasar yang ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 -10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning.

Teknologi penanaman terung secara fertigasi terbukti berkesan di dalam usaha meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman sehingga 2-3 kali ganda berbanding dengan kaedah penanaman secara konvensional. Penanaman terung secara fertigasi dapat meningkatkan prestasi tanaman dan hasil buah. Apa pun dilaporkan dimana kaedah penanaman yang mudah serta kos pembajaan yang murah. Teknologi penanaman terung secara fertigasi ini kini semakin diminati kerana hasil tanaman terung kurang menghadapi masalah penyakit dan juga serangga perosak.

Nama Melayu             : Terung mini (Variati Leckat 323)

Nama Saintifik             : Solanum Melongena L

Medium tanaman       : Cocopeat di dalam polibeg

 

Pembajaan & penyiraman:

  • Foliar Feeding (semburan baja foliar)
  • Sistem fertigasi separa automatik
  • Tanaman secara ‘double line’

 

Kawalan perosak dan penyakit:

  • Kawalan Biologi (Basillus - untuk kawalan kulat dalam media tanaman)
  • Kawalan Mekanikal (Steiner’s trap - perangkap lalat buah)
  • Kawalan Kimia (Antrakol & Mancozeb - kawalan serangan kulat dengan fungisida, Malathion - kawalan serangan serangga whitefly, Dimethrin - kawalan serangga ulat pengorek buah)

 

Cara tuaian:

  • Mengenal pasti buah yang matang dan sihat
  • Memetik buah yang matang dengan mengunakan ‘secatuers’
  • Buah yang sudah dipetik akan direndam dan dicuci dengan air
  • Hasil tuaian ditimbang dan digredkan
  • Seterusnya, hasil buah terung dibungkus mengikut kuantiti permintaan pelanggan

 

Tarikh Input: 18/02/2022 | Kemaskini: 23/08/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXESNAg~