MEH KELIK KLATE
KUBANG KERIAN, 26 JULAI – Program Meh Kelik Klate merupakan program anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan memperkenalkan dan memartabatkan warisan budaya Negeri Kelantan dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui pelbagai aktiviti berasaskan kebudayaan dan kesenian.