Kolej Dua Belas merupakan satu daripada 17 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Walaupun begitu, Kolej Dua Belas merupakan sebahagian daripada Kolej Serumpun kerana kedudukannya yang unik di antara tiga buah kolej yang lain iaitu; Kolej Empat Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas.
Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia dibuka pada Mei 2000, bersama dengan pembukaan Kolej Empat Belas. Pada mulanya, kolej kediaman ini dibuka untuk pelajar wanita sahaja. Kemudian, penempatan dibuka kepada pelajar lelaki. Penempatan dan penyelenggaraan fasiliti bagi Kolej Serumpun di bawah tanggungjawab PJS Development Sdn. Bhd. sepenuhnya.
Pada 1 Februari 2018, Kolej Dua Belas telah digabungkan dengan Kolej Lima Belas dan penetapan nama kolej adalah Kolej Dua Belas. Pada 1 September 2019 bagi Sesi 2019/2020, Kolej Dua Belas telah mengambil alih penempatan sepenuhnya dari pihak PJS Development Sdn. Bhd.
Penyelenggaraan fasiliti di Kolej Dua Belas terletak di bawah tanggungjawab PJS Development dibawah polisi B.O.T. (Build-Operate-Transfer). Polisi ini menyatakan bahawa PJS Development (atau lebih dikenali dengan PJSD) akan memantau dan menyelenggara bangunan dan fasiliti selama 22 tahun (bermula daripada tahun 2000). Selepas tamatnya jangka masa tersebut, PJSD akan menyerahkan semua hak penyelenggaraannya kembali kepada pihak universiti. Polisi B.O.T. merupakan satu pilihan pada ketika itu untuk mengurangkan impak yang dialami oleh negara yang baharu sahaja dilanda kegawatan ekonomi.
Walaupun begitu, aktiviti pengurusan adalah dibawah tanggungjawab Universiti Putra Malaysia. Penstrukturan semula Kolej Serumpun telah dijalankan pada akhir tahun 2006, di mana pembahagian blok dan sayap mengikut Kolej Dua Belas. Kini, blok dan sayap yang dihuni oleh pelajar-pelajar Kolej Dua Belas ialah:
Blok L1 adalah untuk pelajar lelaki (2 orang bagi satu bilik)
Blok L7 adalah untuk pelajar lelaki (1 orang bagi satu bilik)
Blok P3 adalah untuk pelajar wanita (3 orang bagi satu bilik)
Blok L4 adalah untuk pelajar wanita (3 orang bagi satu bilik)
Blok P5 adalah untuk pelajar wanita (2 orang bagi satu bilik), dan
Blok P6 adalah untuk pelajar wanita (1 orang bagi satu bilik)
Blok and Sayap Kolej Dua Belas dicat warna maroon (merah bata) untuk menanda hak pemilikan di antara kolej-kolej lain di Kolej Serumpun.
Kemaskini:: 12/12/2024 [m.ahir]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR