Sejarah | KOLEJ DUA BELAS
» MENGENAI KAMI » Sejarah

Sejarah

Kolej Dua Belas merupakan satu daripada 17 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Walaupun begitu, Kolej Dua Belas merupakan sebahagian daripada Kolej Serumpun kerana kedudukannya yang unik di antara tiga buah kolej yang lain iaitu; Kolej Empat Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas.

Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia dibuka pada Mei 2000, bersama dengan pembukaan Kolej Empat Belas. Pada mulanya, kolej kediaman ini dibuka untuk pelajar wanita sahaja. Kemudian, penempatan dibuka kepada pelajar lelaki. Penempatan dan penyelenggaraan fasiliti bagi Kolej Serumpun di bawah tanggungjawab PJS Development Sdn. Bhd. sepenuhnya. 

Pada 1 Februari 2018, Kolej Dua Belas telah digabungkan dengan Kolej Lima Belas dan penetapan nama kolej adalah Kolej Dua Belas. Pada 1 September 2019 bagi Sesi 2019/2020, Kolej Dua Belas telah mengambil alih penempatan sepenuhnya dari pihak PJS Development Sdn. Bhd. 

Kemaskini:: 13/10/2022 [aynafarhana]

PERKONGSIAN MEDIA

F, (03:56:46pm-04:01:46pm, 03 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]