Pengurusan Sisa Medium Tanaman Di Tapak Projek Fertigasi | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Pengurusan Sisa Medium Tanaman di Tapak Projek Fertigasi

Pengurusan Sisa Medium Tanaman di Tapak Projek Fertigasi

SERDANG, 27 September – Pertanian secara sistem fertigasi amat popular pada masa kini. Ia juga dapat menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. Ini adalah kerana, dengan sistem fertigasi ia dapat menjimatkan masa di kebun, mengurangkan risiko tanaman tidak menjadi dan juga kerja lebih sistematik. Namun seseorang yang ingin melibatkan dalam aktiviti tanaman secara fertigasi ini perlulah mendapatkan ilmu terlebih dahulu daripada kursus-kursus yang dianjurkan di Jabatan Pertanian atau agensi-agensi persendirian. Ia adalah penting untuk peringkat permulaan supaya individu itu boleh mempelajari berkaitan dengan sistem fertigasi dan juga tanaman yang ingin diusahakan. 

 

Satu masa telah ditetapkan untuk kerjasama semua yang terlibat dalam pengurusan sisa medium tanaman di tapak projek fertigasi di Kolej Dua Belas. Keputusan untuk menamatkan perlu mengambil kira faktor-faktor seperti varieti terung, harga semasa terung di pasaran, tahap kesuburan pokok dan tahap jangkitan penyakit. Langkah penamatan pokok adalah dengan memetik buah terung tanpa mengikut gred dan seterusnya pokok bersama akar dicabut keluar daripada polibeg dan dimusnahkan. Kemudian, kawasan projek dibersihkan. Kawasan projek penanaman terung fertigasi perlu direhatkan dengan mengosongkan kawasan tanpa sebarang aktiviti penanaman selama 2 minggu.

Kesimpulannya, penanaman terung secara fertigasi merupakan satu kaedah alternatif kepada warga Kolej Dua Belas kerana dengan menggunakan sistem pertanian moden yang telah terbukti mampu meningkatkan hasil tanaman. Dengan pengurusan tanaman yang berkesan, sistem fertigasi ini dapat menjamin pengeluaran hasil terung yang tinggi berbanding dengan sistem penanaman konvensional dan menjadi pilihan utama kepada usahawan tani. Secara tidak langsung, semua staf yang terlibat bagi pengurusan sistem fertigasi dapat mempelajari pertanian secara moden dan dapat dipraktikkan pada masa hadapan.

Tarikh Input: 28/09/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGDAF~