Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2022/2023 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2022/2023

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2022/2023

SERDANG, 3 November - Program Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2022/2023 merupakan program anjuran Sekretariat Protokol dan Teknikal, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta melantik secara rasmi ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas bagi sesi 2022/2023. Selain itu, majlis ini merupakan platform bagi memperkenalkan ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas kepada  mahasiswa Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis ini juga dianjurkan untuk memberi penghargaan kepada ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 yang telah menyumbang khidmat dan jasa kepada Kolej Dua Belas. 

 

Pengetua dan Presiden Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis.

 

Pengisian utama program ini terdiri daripada penyertaan mahasiswa Kolej Dua Belas melalui siaran langsung di YouTube TwelveTV!, ucapan perasmian daripada Pengetua Kolej Dua Belas, Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas, acara simbolik penyerahan watikah pelantikan oleh Pengetua Kolej Dua Belas bersama Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023, Muhammad Fakhrur Razi Mastarin melalui acara pemotongan kek serta acara penyerahan sijil penghargaan kepada wakil Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022, Pavetheran A/L Nagarajan  dan bacaan ikrar oleh ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 yang dipimpin oleh Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023.

 

Barisan ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 membaca ikrar.

 

Program ini bermula pada jam 8:30 malam dengan ketibaan barisan tetamu kehormat yang terdiri daripada Pengetua Kolej Dua Belas, Ketua Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas, Felo Kolej Dua Belas, Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 serta Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Putra Gemilang serta bacaan doa oleh saudara Azmi Ahmad Tajri. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Pengetua Kolej Dua Belas, penyerahan watikah pelantikan kepada Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dan penyerahan sijil penghargaan kepada wakil Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022. Program diteruskan dengan tayangan video rasmi Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas dan bacaan ikrar oleh ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas diikuti dengan nyanyian lagu Kolej Dua Belas. Akhir sekali, program berakhir dengan sesi pendaftaran kehadiran peserta dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan secara langsung di YouTube TwelveTV!, sesi bergambar dan jamuan makan malam oleh para tetamu yang hadir.

 

Sesi bergambar antara Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 serta ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 bersama Pengetua Kolej, Ketua Pegawai Tadbir dan barisan Felo Kolej Dua Belas.

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 12/02/2023 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGDAy~