Program Krak12 Splash Adventure | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Program Krak12 Splash Adventure

Program Krak12 Splash Adventure

PORT DICKSON, 21 MEI -   Program Krak12 Splash Adventure merupakan program anjuran Sekretariat Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan berpasukan dalam diri mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) serta mencungkil bakat mereka  dalam  bidang rekreasi terutamanya dalam aktiviti air.

 

Program ini juga dapat menjadi platform bagi mahasiswa Kolej Dua Belas mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aktiviti air semasa program berlangsung sambil menimba pengalaman dalam meneroka alam semula jadi. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan mahasiswa Kolej Dua Belas yang holistik dan seimbang dalam aspek pembangunan diri, jasmani, rohani dan intelek.

 

Pengisian utama program ini terdiri daripada sesi taklimat ringkas, aktiviti bermain ATV, Tracking Batu Putih dan Monkey Bay, Banana Boat serta Tube Ride di bawah pengawasan dan iringan Encik Mohammad Mulyadi Daud sebagai instruktor yang bertugas secara rasmi di tapak aktiviti.

 

Program ini bermula pada jam 7:30 pagi dengan ketibaan para peserta di hadapan Dewan Putra 2 untuk mendaftarkan kehadiran sebelum bertolak dengan menaiki bas. Para peserta tiba di destinasi program di Tanjung Tuan, Port Dickson pada jam 9:00 pagi. Program diteruskan dengan taklimat ringkas daripada Encik Muruddin Mohammad Sait, selaku instruktor aktiviti bermain ATV, mengenai cara mengendalikan motor ATV dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum bermain. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti bermain ATV sehingga jam 11:15 pagi. Program diteruskan dengan aktiviti Tracking Batu Putih dan Monkey Bay yang diketuai oleh Encik Mulyadi. Para peserta berpeluang untuk menangkap gambar pemandangan yang cantik di puncak Batu Putih.

 

Seterusnya, para peserta diberi masa untuk berehat dan mengurus diri serta makan tengah hari sebelum meneruskan aktiviti berikutnya. Pada jam 3:30 petang, program diteruskan dengan aktiviti Banana Boat dan Tube Ride di Pantai Cermin, Port Dickson. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di bawah pengendalian pihak yang  bertanggungjawab. Selepas itu, para peserta diberi ruang untuk membersihkan diri dan menikmati minum petang sebelum pulang. Sebelum program bertamat, aktiviti pembersihan kawasan pantai dijalankan dengan mengutip sampah-sarap di persekitaran bagi memupuk sikap menjaga kebersihan dalam diri mahasiswa Kolej Dua Belas. Akhir sekali, para peserta menaiki bas untuk pulang ke Kolej Dua Belas pada jam 6:30 petang dan bersurai.

 

Gambaran 1 menunjukkan Encik Muruddin Mohammad Sait sedang memberikan taklimat ringkas tentang cara mengendali ATV kepada para peserta.

Gambaran 2 menunjukkan peserta program Krak12 Splash Adventure sedang menjalankan aktiviti hiking di Bukit Batu Putih..

 

Gambaran 3 menunjukkan para peserta sedang menikmati hidangan tengah hari di kawasan aktiviti.

 

Gambaran 4 menunjukkan sesi bergambar antara peserta program Krak12 Splash Adventure.

Date of Input: 12/07/2023 | Updated: 12/07/2023 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEdGAn~