SOALAN LAZIM | KOLEJ DUA BELAS
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

KOLEJ
1
Bagaimanakah Kolej Dua Belas ditubuhkan?

Kolej Dua Belas merupakan satu daripada 17 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Walaupun begitu, Kolej Dua Belas merupakan sebahagian daripada Kolej Serumpun kerana kedudukannya yang unik di antara tiga buah kolej yang lain iaitu; Kolej Empat Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas. Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia dibuka pada Mei 2000, bersama dengan pembukaan Kolej Empat Belas. Pada mulanya, kolej kediaman ini dibuka untuk pelajar wanita sahaja. Kemudian, penempatan dibuka kepada pelajar lelaki. Penempatan dan penyelenggaraan fasiliti bagi Kolej Serumpun di bawah tanggungjawab PJS Development Sdn. Bhd. sepenuhnya.  Pada 1 Februari 2018, Kolej Dua Belas telah digabungkan dengan Kolej Lima Belas dan penetapan nama kolej adalah Kolej Dua Belas. Pada 1 September 2019 bagi Sesi 2019/2020, Kolej Dua Belas telah mengambil alih penempatan sepenuhnya dari pihak PJS Development Sdn. Bhd. Rujuk : Sejarah Kolej

2
Apakah peranan utama kolej-kolej di UPM?

Menyediakan penginapan dan kemudahan kepada pelajar. Rujuk : Kemudahan Kolej Dua Belas

3
Berapakah jumlah kolej-kolej yang ada di UPM?

9 kolej di Kampus Serdang dan 1 kolej di Kampus Bintulu. Rujuk : Maklumat Kolej-Kolej Kediaman UPM

4
Adakah Kolej Dua Belas menyediakan perkhidmatan sewaan penginapan kepada orang awam?

Ya. Rujuk : Penginapan

5
Bagaimanakah cara untuk memohon penyewaan penginapan di Kolej Dua Belas?

Permohonan boleh dikemukakan terus ke pejabat am kolej berkaitan. Rujuk : Pengurusan Kolej

6
Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan kolej-kolej di UPM

Rujuk laman web UPM di www.upm.edu.my atau Kehidupan Kampus

7
Di manakah saya boleh memperolehi maklumat syarat kemasukan?

Syarat kemasukan akademik am boleh didapati melalui pautan www.akademik.upm.edu.my untuk pengajian prasiswazah dan www.sgs.upm.edu.my untuk pengajian pasca siswazah.  


KEMUDAHAN
8
Apakah jenis-jenis kemudahan penginapan yang disediakan di Kolej Dua Belas?

Penginapan 1 orang sebilik, 2 orang sebilik dan 3 orang sebilik. Rujuk : Jenis Kemudahan Penginapan

9
Adakah mesin basuh atau perkhidmatan dobi disediakan di dalam kolej?

Ya. Perkhidmatan mesin basuh layan diri terdapat di Kolej 12 dan terletak di kafe untuk kegunaan warga Kolej 12. Rujuk : Dobi


ORGANISASI
10
Apakah struktur organisasi kolej?

Pengetua, Pengurus/Penolong Pengurus, Felo, Majlis Pengurusan Kolej (MPK) dan staf sokongan. Rujuk : Organisasi Staf, Organisasi Felo, Organisasi MPK


BAYARAN
11
Berapa kadar bayaran penginapan yang dikenakan untuk menginap di kolej?

Bilik Biasa:   RM 4.50/sehari (pelajar UPM), RM 5.00/sehari (IPTA lain dan pelajar sekolah), RM 9.00/sehari (Orang Awam), RM 15.00/sehari (Agensi Luar),     Bilik Bintang:   RM 7.50/sehari (pelajar UPM, IPTA lain dan pelajar sekolah), RM 9.00/sehari (Orang Awam) Rujuk : Kadar Sewaan Penginapan

Kemaskini:: 05/10/2022 [aynafarhana]

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXDTKAA~