HEALING THE INVISIBLE WOUND CAMP | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » HEALING THE INVISIBLE WOUND CAMP

HEALING THE INVISIBLE WOUND CAMP

HEALING THE INVISIBLE WOUND CAMP

 

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024

 

PUCHONG, 17 DISEMBER - Program Healing The Invisible Wound Camp merupakan program anjuran Sekretariat Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2023/2024 dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Dua Belas, Fakulti Perhutanan dan Persekitaran, Pusat pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Bahagian Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia. Program ini melibatkan 38 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Rekreasi Air Kolej Dua Belas serta mahasiswa dan mahasisiwi daripada kolej kediaman Universiti Putra Malaysia yang lain. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan semangat kerjasama dan merapatkan hubungan silaturahim antara mahasiswa bagi bersama-sama mengimarahkan aktiviti rekreasi di Universiti Putra Malaysia. Pengisian utama program ini terdiri daripada slot Malam HealingNight Walk, slot Kemandirian Hutan, slot Explorace, dan slot Water Confidence yang diuruskan oleh fasilitator- fasilitator daripada Fakulti Perhutanan dan Persekitaran.

 

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam di lokasi perkhemahan SISFEC di mana para peserta bertolak ke SISFEC pada 16 Disember 2023 pada waktu 7:30 pagi menaiki bas. Program ini diteruskan dengan taklimat ringkas oleh pengarah program dan pihak SISFEC. Selepas itu, peserta dibahagikan mengikut kumpulan untuk sesi Ice Breaking untuk memberi peluang kepada peserta saling berkenalan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Pada pukul 2:00 petang, slot Kemandirian Hutan dijalankan sambil diiringi oleh 7 orang fasilitator Fakulti Perhutanan dan Persekitaran. Antara pengisian slot tersebut ialah masakan rimba, aktiviti ikatan tali, aktiviti pertolongan cemas dan pengurusan tapak khemah. Di samping itu, program diteruskan pada 8:30 malam yang diisikan dengan  aktivti Malam Healing dan Night Walk di sekitar SISFEC. Pada hari kedua program,17 Disember 2023, program dimulakan dengan sesi senam robik pada jam 7:30 pagi. Selepas peserta makan sarapan, slot Explorace dan slot Water Confidence bermula pada jam 8:30 pagi di sekitar  kawasan SISFEC. Slot Explorace terdiri daripada aktiviti mendaki dari tapak perkhemahan ke tapak Blue Lagoon mengikut kumpulan. Peserta diaajar cara untuk memasuki ke dalam air dengan cara terjunan membelakang bagi melatih sifat keberanian peserta terhadap air. Akhir sekali, program berakhir dengan para peserta menguruskan diri, menurunkan khemah dan sesi bergambar. Para peserta pulang ke Universiti Putra Malaysia pada jam 3:00 petang menaiki bas.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan wakil daripada pihak SISFEC sedang memberi taklimat berkenaan dengan peraturan yang perlu diikuti ketika berada di SISFEC.

 

 

Gambaran 2 menunjukkan sesi Ice Breaking iaitu permainan barisan paling terpanjang diantara kumpulan dijalankan yang diiringi oleh Sekretariat Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2023/2024.

 

Gambaran 3 menunjukkan slot malam Healing dijalankan iaitu aktiviti night walk disekitar Kawasan SISFEC yang diketuai oleh seorang daripada pihak SISFEC dan 3 orang fasilitator.

 

 

Gambaran 4 menunjukkan dua kumpulan terbentuk iaitu lelaki dan perempuan di mana mereka sedang membuat bulatan dan dikehendaki berapung di atas air sambil berpegang tangan dengan rakan sebelah untuk sesi bergambar di air terjun Blue Lagoon.

 

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar antara peserta program Healing The Invisible Wound Camp bersama fasilitator-fasilitator Fakulti Perhutanan dan Persekitaran.

Date of Input: 20/03/2024 | Updated: 20/03/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEbSAI~