Program Independence Cooking Week | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Program Independence Cooking Week

Program Independence Cooking Week

SERDANG, 17 November - Program Independence Cooking Week telah dianjurkan oleh Sekretariat Keusahawanan dan Penajaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas pada 25 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021 melalui platform media sosial iaitu Instagram.

Independence Cooking Week merupakan satu platform untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan pelajar untuk memahami adat bangsa lain serta menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan mahasiswa. Program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat memasak makanan tradisional yang terpendam dalam pelajar. Melalui program ini, pelajar dapat memaparkan kreativiti pelajar dalam memasak makanan yang bertemakan hari kemerdekaan.

Seramai 11 orang pelajar daripada Kolej Dua Belas telah menyertai program ini. 6 orang pelajar daripada Kolej Dua Belas juga telah menjadi ahli jawatankuasa untuk program ini dan setiap mereka telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Setiap pelajar telah menunjukkan kreativiti mereka dan juga berjaya menyampaikan perkongsian mereka mengenai resipi dan cara-cara memasak makanan tradisional yang dibuat oleh pelajar. Tambahan pula, seramai empat orang pelajar telah berjaya memenangi kategori yang disertakan dalam program ini iaitu Nur Syazwani bt Ab Rahman, Nur Farisya Ilya binti Musa (Tempat Kedua), Umairah Balqis bt Shahril (Tempat Ketiga), dan Sinthyia A/P Sivachandran (Anugerah Publisiti).

Date of Input: 23/11/2021 | Updated: 23/11/2021 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEdJAQ~