MOVIE NIGHT 2.0 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » MOVIE NIGHT 2.0

MOVIE NIGHT 2.0

LAPORAN BERITA

MOVIE NIGHT 2.0

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024

 

SERDANG, 6 JANUARI– Program Movie Night 2.0 merupakan program anjuran Sekretariat Blok, Kebajikan, dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa Kolej Dua Belas. Inisiatif program ini dilaksanakan adalah untuk menjadi suatu medium yang dapat membantu mahasiswa untuk mengurangkan tekanan dan kelelahan yang dihadapi akibat akademik dan kehidupan kampus yang sibuk. Malah, program ingin bertujuan mendedahkan ilmu dan nilai yang bermanfaat dalam filem supaya pelajar Kolej Dua Belas dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

 

Pengisian utama program ini terdiri daripada pendaftaran peserta, peserta diberi masa untuk membeli makanan dan duduk di tempat yang disediakan, ucapan serta taklimat daripada pengarah program dan tayangan pawagam.

 

Program ini bermula pada 8:30 malam diiringi oleh Saudari Sri Vigneshvari selaku pengarah program yang membuka majlis dan menjemput kehadiran peserta bagi program Movie Night 2.0. Program diteruskan dengan tayangan filem Siccin 6 pada pukul 9:00 malam. Program berlangsung sehingga pukul 11:30 malam. Program Movie Night 2.0 telah dihadiri oleh seramai 234 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun. Banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para penonton yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Akhir sekali, program berakhir dengan ucapan penutup pengarah program, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan pengarah program memberi taklimat sebelum pawagam ditayangkan.

 

Gambaran 2 menunjukkan penjualan makanan oleh Kiosk Kolej 12 di depan Dewan Putra 2, Kolej Serumpun.

 

Gambaran 3 menunjukkan makanan dan minuman yang disediakan bagi peserta

 

Gambaran 4 menunjukkan mahasiswa Universiti Putra Malaysia menonton filem.

 

Gambaran 5 menunjukkan mahasiswa mengimbas kod QR yang dipaparkan bagi pengisian merit sebelum bersurai..

Date of Input: 31/01/2024 | Updated: 31/01/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEdHAX~