Kolej 12 Anjur Run Forrest Run 2015 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Kolej 12 Anjur Run Forrest Run 2015

Kolej 12 Anjur Run Forrest Run 2015

Sabtu, 10 Oktober 2015 - Kolej 12 telah menganjurkan satu larian amal bertempat di MAEPS, Serdang. Di samping membuat larian amal, Run Forrest Run juga dapat memupuk peserta-peserta cintakan alam sekitar kerana trek lariannya melalui hutan. Untuk pengetahuan, RFR2015 juga diiktiraf sebagai salah satu program Hari Sukan Negara oleh Kementerian Sukan Negara (KBS) bersempena Hari Sukan Negara pada tarikh tersebut. Larian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu 12 km trail run dan 3 km fun run. 12 km trail adalah untuk peserta individu lelaki dan perempuan manakala 3 km fun run untuk larian sekeluarga. Seramai 350 orang telah menyertai larian ini; 300 orang peserta individu dan 50 orang peserta keluarga.

poster RFR


Para peserta tiba di tempat pelepasan bagi larian seawal jam 6.00 pagi. Pada jam 7.30 pagi, peserta individu lelaki dilepaskan dan peserta individu perempuan dilepaskan 5 minit kemudian. Peserta keluarga pula dilepaskan pada jam 7.40 pagi.




Peserta keluarga yang pertama sampai ke garisan penamat pada jam 8.15 pagi, manakala bagi peserta individu pada jam 8.30 pagi. Setiap peserta yang menghabiskan larian sehingga ke garisan penamat telah mendapat medal. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori individu lelaki dan perempuan masing-masing membawa pulang wang sebanyak RM500, RM300 dan RM200 manakala tiada hadiah ditawarkan bagi kategori keluarga.

medal penamat


juara lelaki dan perempuan


Pengetua Kolej 12, Prof Madya Dr. Faieza (tengah) diiringi oleh pengarah program, Ezrin Balqis (kiri) menyampaikan hadiah penghargaan kepada sponsor program


Selepas majlis penyampaian hadiah, pengarah program, Ezrin Balqis telah menyampaikan cek sumbangan kepada Malaysian Nation Society (MNS) sebanyak RM1500.00. Kira-kira pada pukul 11.00 pagi, program RFR ini melabuhkan tirai dan peserta-peserta bersurai pulang.

para AJK RFR2015


Updated:: [rahiza]

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467408
0389467409
C1511582471