Crest & Motto | TWELVETH COLLEGE
» ABOUT US » Introduction » Crest & Motto

Crest & Motto

Logo


Logo kolej yang ringkas berasaskan kepada logo Universiti Putra Malaysia yang melambangkan tradisi, falsafah dan visi baru kolej. Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan keteguhan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat. Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen kolej untuk memelihara alam sekitar. Air juga merupakan asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah asas untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan manusia.

Garisan-garisan kecil yang melambangkan ciri kolej pada abad ke-21 yang berteraskan kepada kemajuan teknologi maklumat dan multimedia. Garisan tersebut juga membawa maksud misi utama kolej iaitu menyediakan tempat yang merangsang ke arah pembangunan akademik, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Buku yang terdapat di tengah-tengah roman X melambangkan keunggulan kolej sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Moto

Nothing is Permanent 

 

 

Updated:: 06/06/2017 [fuziah]

MEDIA SHARING

TWELVETH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467408
0389467409
C1505918361