Student Appearance Etiquette | TWELFTH COLLEGE
» COLLEGE RULES AND GUIDELINES » STUDENT APPEARANCE GUIDELINES » Student Appearance Etiquette

Student Appearance Etiquette

Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai pelajar Universiti dengan menunjukkan kekemasan, kerapaian, keceriaan dan kesopanan dalam berpakaian.

Pelajar diwajibkan berpakaian SOPAN (baju kemeja, T-berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah lutut).

Pelajar tidak dibenarkan :-

  • berselipar
  • berbaju T tanpa kolar
  • berbaju tanpa lengan
  • berseluar /  berskirt ketat
  • berskirt di atas lutut atau berseluar pendek
  • berpurdah
  • berseluar jeans lusuh
  • bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan

Semasa berurusan rasmi atau berada di dewan kuliah, pelajar tidak dibenarkan memakai topi atau bandana kecuali semasa aktiviti riadah.

Pelajar lelaki tidak dibenarkan berpakaian menyerupai wanita dan sebaliknya

Pelajar dilarang mempamerkan "Tatoo" di mana-mana tubuh anggota badan.

Semua pelajar DIWAJIBKAN MEMAKAI KAD MATRIK semasa di dalam kampus.  Kad matrik mestilah dipakai dan dipamerkan di bahagian hadapan paras dada.

Updated:: 15/10/2019 [aynafarhana]

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEbEAE~