SERDANG, 26 Januari - Lawatan pelajar ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Faieza bt Abdul Aziz, Pengetua Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia. Lawatan selama 5 hari ini disertai oleh 10 orang pelajar dari pelbagai program dan seorang felo iaitu Cik Arba'ah binti Md Salleh.
Lawatan ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea mengenai budaya negara lain, tentang kehidupan bermasyarakat dan berorganisasi, memberi pendedahan, pengalaman serta pengetahuan dalam khidmat masyarakat dan komuniti masyarakat luar dan memberi peluang kepada pelajar membandingkan negara lain dengan negara sendiri
Lawatan ini juga melatih pelajar-pelajar ini sebagai duta kecil UPM serta menjalinkan hubungan lebih rapat dengan universiti luar negara
Tarikh Input: |
Kemaskini: | amir_peli
PERKONGSIAN MEDIA