Resolusi Penginapan Dan Penempatan Pelajar Dalam Saluran Digital Secara Keseluruhan | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Resolusi Penginapan Dan Penempatan Pelajar Dalam Saluran Digital Secara Keseluruhan

Resolusi Penginapan Dan Penempatan Pelajar Dalam Saluran Digital Secara Keseluruhan

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

SERDANG, 31 Januari - Sistem maklumat pengurusan dalam talian dilihat penting dalam persekitaran hari ini dan berupaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi. Dengan pelbagai faedah yang boleh didapati dari penggunaan sistem maklumat pengurusan dalam talian ini, pendaftaran pelajar di kolej-kolej kediaman, Universiti Putra Malaysia tidak terkecuali dalam menggunakan inovasi ini.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM telah mengadakan Bengkel Pemurnian Data Maklumat Pelajar bagi Sistem E-Pengurusan Kolej (EPK) pada 30 Januari 2020 di Makmal EXA, IDEC, UPM. Bengkel ini telah  melibatkan Pengurus, Penolong Pengurus dan Pembantu Tadbir Kolej seramai 27 orang yang mewakili setiap 9 buah kolej.


Dengan ada sistem E- Pengurusan Kolej ini, semua urusan berkaitan dengan penginapan dan penempatan dapat di jalankan secara online dan ini memudahkan urusan kepada semua pihak. Untuk semester yang seterusnya, pelajar perlu berurusan dengan pihak pengurusan kolej untuk proses pengesahan atau tempahan.

 



Date of Input: 31/01/2020 | Updated: 31/01/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEUCA2~