Meningkatkan Kemahiran Asas Penggunaan Aplikasi Grafik Pengeditan | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Meningkatkan Kemahiran Asas Penggunaan Aplikasi Grafik Pengeditan

Meningkatkan Kemahiran Asas Penggunaan Aplikasi Grafik Pengeditan

Oleh: Nur'Ain Sharifuddin

SERDANG, 16 Februari - Bengkel Adobe Photoshop yang dianjurkan oleh Sekretariat Teknologi Maklumat dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas. Seramai 21 orang peserta terlibat yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah, pelajar siswazah dan alumni Kolej Dua Belas. Bengkel ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kepentingan aplikasi Adobe Photoshop dan menambah kemahiran asas penggunaan aplikasi Adobe Photoshop.

Kursus ini memberi kefahaman dan kemahiran kepada pelajar tentang konsep seni grafik komunikasi dengan mengguna perisian grafik berkomputer. Pelajar didedahkan tentang penghasilan Photoshop termasuk gambar komposit, membuat pembetulan warna pada imej, pemahaman penyelesaian, membuat montaj, menggunakan penapis Photoshop, bekerja dengan lapisan dan saluran dan menyediakan imej untuk digunakan dalam cetakan dan web. Adobe Photoshop sentiasa dikemaskini dengan pengeluaran versi-versi terkini, walaupun begitu, fungsi yang utama adalah untuk edit gambar, buat e-cover ebook, 3D, menyusun gambar yang banyak kepada satu dan mencantikkan lagi gambar malah pelbagai perkara boleh dibuat.

Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada dua orang tenaga pengajar dan pelajar yang menyertai Bengkel Adobe Photoshop ini. Diharapkan semua peserta dapat menggunapakai pengetahuan yang diperoleh daripada bengkel ini dalam apa jua bidang yang diceburi.

Date of Input: 28/02/2020 | Updated: 28/02/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEUPAU~