Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022

SERDANG, 6 Disember – Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022 merupakan anjuran pihak Sekretariat Protokol dan Teknikal, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Majlis tersebut telah diadakan pada 13 November 2021. Watikah ini bertujuan untuk menghargai para pelajar yang terlibat dalam Majlis Perwakilan Kolej serta melantik secara rasmi dan mengiktiraf barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas yang terpilih bagi sesi kali ini. Majlis ini juga dijadikan medium bagi memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 kepada mahasiswa Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Para pelajar telah dipilih dengan adil dan saksama melalui barisan jawatankuasa pelantikan yang terdiri daripada Pengetua, para felo dan Barisan Tertinggi Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas.

Pengisian utama program ini terdiri daripada ucapan perasmian oleh Pengetua Kolej Dua Belas, Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas, simbolik penyerahan watikah pelantikan oleh Pengetua Kolej Dua Belas kepada Presiden Kolej Dua Belas sesi 2021/2022. Bacaan ikrar oleh barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 pula diketuai oleh presiden terkini dan diteruskan dengan ucapan Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 iaitu saudara Nurul Khairullah Amirrullah.

Watikah bermula tepat pada pukul 8:30 malam diiringi oleh saudari Umairah Farisah Ahmad Yuzri selaku pengacara majlis, mengalu-alukan kehadiran para tetamu kehormat ke Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022 yang dijalankan di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Usai bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengetua Kolej Dua Belas dan simbolik penyerahan watikah pelantikan oleh Pengetua Kolej Dua Belas kepada Presiden Kolej Dua Belas sesi 2021/2022. Bacaan ikrar oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 telah diketuai oleh presiden terkini dan seterusnya dilengkapkan dengan ucapan Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022. Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 juga telah dihadiri seramai 805 orang mahasiswa dan mahasiswi Kolej Dua Belas menerusi siaran langsung.


Youtube TwelveTV!. Banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para penonton yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan majlis. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup pengacara majlis, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan majlis bersurai.

Date of Input: 08/12/2021 | Updated: 08/12/2021 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXETTAc~