COVID-19: Masyarakat Prihatin Terhadap Pelajar Yang Kekal Tinggal Dalam Kawasan Kampus | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » COVID-19: Masyarakat prihatin terhadap pelajar yang kekal tinggal dalam kawasan kampus

COVID-19: Masyarakat prihatin terhadap pelajar yang kekal tinggal dalam kawasan kampus

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari


30 Mac 2020 - Kebajikan Pelajar Diutamakan - UPM Salur Keperluan Asas (Klik di gambar bagi berita penuh dari Berita RTM)


SERDANG, 30 Mac - Universiti Putra Malaysia (UPM) terus berusaha memastikan kebajikan secara menyeluruh iaitu seramai 192 orang pelajar di Kolej Dua Belas, UPM yang tinggal dalam kawasan kampus berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

Walaupun dimaklumkan pihak universiti ada menyediakan makanan kepada pelajar terlibat, namun pihak luar juga ada membuat sumbangan dalam bentuk makanan dan juga barang keperluan harian bagi membantu pelajar yang sukar mendapatkan keperluan tersebut sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah memberi sumbangan makanan serta keperluan asas kepada para pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Para pelajar sangat gembira dan menghargai terhadap sumbangan yang telah diberikan di saat pelajar terhad pergerakan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu. 

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakrimengedarkan bantuan makanan "Smile Pack" kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yang disediakan oleh MyFundAction, Food for Hunger dan Youth for Happiness, UPM. "Smile Pack" yang diedarkan adalah dalam bentuk nasi putih beras basmathi, pek kari daging dan pek kari ayam. Inovasi pek makanan ini dapat bertahan selama 2 tahun tanpa menggunakan bahan pengawet yang menggunakan teknologi Jerman melalui proses pensterilan retort untuk membasmi kuman.

YBhg. Prof. Dato' Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengiringi YB Menteri bagi pengedaran sumbangan tersebut kepada mahasiswa.

 

Empat jenama francais Malaysia yang terkenal iaitu The Manhattan Fish Market, NY Steak Shack, Tealive Asia dan Pak John Steamboat & BBQ turut memberi sumbangan kepada pelajar UPM yang masih berada di Kolej UPM disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Sumbangan diterima oleh Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman, Pengarah Strategi Korporat dan Komunikasi UPM yang juga merupakan Pengerusi Penyelidikan, Persatuan Francais Malaysia.

 

Agensi-agensi luar dan individu-individu perseorangan turut memberi sumbangan makanan kering iaitu seperti roti, biskut, serbuk minuman segera, sabun dan lain-lain keperluan harian. Pihak kolej berharap dengan penyediaan bekalan seperti ini dapat membantu meringankan beban pelajar yang masih berada di kolej kediaman selain menjalankan tanggungjawab 'berkurung' bagi membendung penularan virus COVID-19.

Selain daripada bekalan yang disediakan sendiri, pihak Kolej Dua Belas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Universiti Putra Malaysia, agensi-agensi luar dan individu-individu perseorangan yang memberikan sumbangan dan sokongan kepada usaha ini. Kolej Dua Belas menyifatkan ini adalah sebagai bantuan dalam menjaga kebajikan pelajar selain dapat mengelakkan mereka daripada keluar dari kolej kediaman masing-masing. Segala inisiatif yang telah disediakan untuk pelajar diharap agar ibu bapa pelajar tidak bimbang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Date of Input: 31/03/2020 | Updated: 31/03/2020 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXDcXAd~