Spirituality And Character Secretariat | TWELFTH COLLEGE
» ORGANISATION » SEKRETARIAT MTM » Spirituality and Character Secretariat

Spirituality and Character Secretariat



Sekretariat Kerohanian dan Sahsiah bertanggungjawab dalam: -

Membentuk satu jawatankuasa kecil dalam menguruskan perjalanan dan kecemerlangan pembangunan kerohanian dan sahsiah mahasiswa Kolej 12 di peringkat kolej dan universiti.

Menghadiri persidangan/mesyuarat/program/seminar/aktiviti dan berkaitan dengan sekretariat, Sekretariat Kerohanian Kolej-Kolej (SKK), Sahabat Surau Serumpun, Pusat Zakat dan Pusat Islam.

Membantu MTM dalam menjana kewangan dan menjalankan program.

Bertanggungjawab menguruskan aktiviti-aktiviti kerohanian di peringkat kolej dan universiti.

Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat semasa dan aktiviti-aktiviti kerohanian daripada Sekretariat Kerohanian Kolej-Kolej (SKK), Sahabat Surau Serumpun, Pusat Zakat dan Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia.

Mengetuai protokol dan bacaan doa majlis-majlis pada peringkat kolej dan universiti.

Bertanggungjawab terhadap penyertaan kolej berkaitan aktiviti / pertandingan / seminar / program yang diadakan pada peringkat kolej dan universiti.

Memastikan program/aktiviti dalam keadaan terkawal.

Menjaga kebajikan dan keperluan peserta/wakil yang mewakili kolej dalam setiap program sekretariat yang disertai.

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjam oleh ahli di bawah sekretariat.

Bertanggungjawab terhadap hal ehwal program dan aktiviti sekretariat.

Bertanggungjawab terhadap peralatan/keperluan/kebajikan pelajar dan surau kolej.

Bertanggungjawab dalam membantu MTM/kolej/universiti dalam menjalankan program /seminar/aktiviti/pertandingan di peringkat kolej dan universiti.

Mengawal selia kebersihan dan bertanggungjawab dalam menjaga bilik MTM.

Sentiasa memaklumkan perkembangan sekretariat kepada top pemantau.

Mengawalselia dan menyampaikan hebahan mengenai sekretariat melalui laman FB In-Team Kolej 12.

Menjaga moral dan perpaduan warga kolej.

Memantau kelab di bawah seliaan sekretariat iaitu In-Team, Generation 12 dan Dynamica.

Bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh MTM.

Menjaga nama baik MTM, Kolej 12 dan Universiti Putra Malaysia.


Updated:: 04/10/2016 [m.ahir]

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467408
0389467409
C1511582620