Publication Secretariat | TWELVETH COLLEGE
» ORGANISATION » SEKRETARIAT MTM » Publication Secretariat

Publication Secretariat



Sekretariat Penerbitan bertanggungjawab dalam :-

Membentuk satu jawatankuasa kecil dalam menguruskan perjalanan dan kecemerlangan sekretariat di peringkat kolej dan universiti.

Menghadiri persidangan/mesyuarat/program/seminar/aktiviti dan berkaitan dengan sekretariat.

Membantu MTM dalam menjana kewangan dan menjalankan program.

Bertanggungjawab dan menubuhkan kelab ICT untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di peringkat kolej atau universiti.

Bertanggungjawab menyediakan tenaga mahir teknikal bagi aktiviti kolej/universiti.

Bertanggungjawab terhadap kunci bilik ICT serta peralatan di bilik ICT.

Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat semasa dan aktiviti-aktiviti daripada Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) Universiti Putra Malaysia.

Merangka dan melaksanakan program/bengkel berbentuk ICT di peringkat kolej atau universiti.

Menerbitkan buletin MTM yang merangkumi setiap program mengikut keadaan.

Mengawalselia dan mengemaskini laman web, FB dan Twitter Kolej 12.

Memastikan perkembangan dan maklumat semasa sentiasa dikemaskini di laman web, FB dan Twitter Kolej 12.
Memastikan laman web, FB dan Twitter Kolej 12 sentiasa dalam keadaan baik.

Memastikan maklumat yang diberikan daripada pihak MTM, pengurusan Kolej 12, kolej-kolej, universiti, dan sebagainya disampaikan dengan jelas kepada warga Kolej 12.

Memberi maklumat kepada warga kolej, kolej-kolej, dan universiti tentang program yang dilaksanakan oleh pihak kolej.

Bertanggungjawab terhadap penyertaan peserta/wakil kolej setiap program berbentuk ICT.

Menjaga kebajikan dan keperluan peserta/wakil yang mewakili kolej.

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjam oleh ahli di bawah sekretariat.

Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan hal ehwal dan teknikal & ICT di Kolej 12 dan universiti.

Bertanggungjawab dalam membantu MTM/kolej/universiti dalam menjalankan program/seminar/aktiviti/pertandingan di peringkat kolej dan universiti.

Mengawal selia kebersihan dan bertanggungjawab dalam menjaga bilik MTM.

Sentiasa memaklumkan perkembangan sekretariat kepada top pemantau.

Bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh MTM.

Menjaga nama baik MTM, Kolej 12 dan Universiti Putra Malaysia. 


Updated:: 04/10/2016 [fuziah]

MEDIA SHARING

TWELVETH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467408
0389467409
C1505917896