Program Sunnah Berkuda Dan Memanah Di MAEPS | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Program Sunnah Berkuda dan Memanah di MAEPS

Program Sunnah Berkuda dan Memanah di MAEPS

Ahad, 20 Mac 2016 - Seramai 40 orang pelajar Kolej 12 telah menyertai Program Sunnah Berkuda dan Memanah yang telah dijalankan di MAEPS, Serdang. Program ini merupakan aktiviti yang julung kalinya dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sahsiah dan Sekretariat Rekreasi, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Dua Belas dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, SSC Resources (Majlis Ekuin Malaysia), Seksyen Pengurusan Zakat & Aktiviti Kerohanian dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pendedahan aktiviti menunggang kuda, sesi joyride, pendedahan tentang aktiviti memanah mengikut sunnah, sesi memanah bersama jurulatih bertauliah dan memberi kuda makan.

Melalui program ini, peserta dapat beriadah sambil mendalami dua aktiviti sunnah Nabi (S.A.W.) dan mempelajari asas menunggang kuda, memanah dan perapian kuda.


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXDdXA6~