Program E12 CUP (LOL) | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Program E12 CUP (LOL)

Program E12 CUP (LOL)

SRI SERDANG, 19 November - Seramai 17 orang pelajar Kolej 12, UPM di bawah pantauan felo Kolej 12, Encik Mohd Izzat Sairi telah berjaya melaksanakan Program E12 CUP (LOL) yang telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Pusat Siber Kafe Orange. Program ini telah disertai oleh 8 kumpulan dimana setiap kumpulan diwakili oleh 5 orang ahli. Peserta terdiri dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia. Antara perkara yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah pendaftaran peserta di Pusat Siber Kafe Orange dan pemberian cabutan bertuah kepada peserta. Seterusnya, perlawanan League of Legends (LOL) telah dimulakan dari pusingan pertama sehingga ke peringkat akhir berteraskan konsep kalah mati. Pemberian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh pihak penganjur. Ucapan daripada pihak penaja dan pihak penganjur telah mengakhiri Program E12 CUP (LOL) anjuran Kolej 12.  



Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEYJAt~