Majlis Perasmian Sinki Awam & Tapak Mencuci Pakaian, Kg Orang Asli Sungai Gabai | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Majlis Perasmian Sinki Awam & Tapak Mencuci Pakaian, Kg Orang Asli Sungai Gabai

Majlis Perasmian Sinki Awam & Tapak Mencuci Pakaian, Kg Orang Asli Sungai Gabai

Sabtu, 26 Mac 2016 - Seramai 40 orang pelajar Kolej 12 telah menyertai Majlis Perasmian Sinki Awam dan Tempat Mencuci Pakaian di Kampung Orang Asli Sungai Gabai, Hulu Langat pada 26 Mac 2016 (Sabtu).

Projek ini merupakan anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Dua Belas, pihak UCTC dan pihak Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), dan merupakan salah satu projek NBOS (National Blue Ocean Strategy). 

Majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menggembleng tenaga untuk menjayakan projek pembinaan sinki awam dan tapak mencuci pakaian di Kampung Orang Asli Sungai Gabai, Hulu Langat. Projek ini telah dijalankan selama 6 bulan, iaitu bermula pada 14 September 2015 sehingga 10 Mac 2016. Antara aktiviti yang turut dijalankan pada majlis tersebut adalah slot kebersihan dan kesihatan yang dikendalikan oleh para pegawai Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia dan jamuan makan.


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEXTAq~