Lawatan Kelestarian Hijau | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Lawatan Kelestarian Hijau

Lawatan Kelestarian Hijau

30 Januari 2018, Puchong. Seramai 73 orang warga Kolej Universiti Putra Malaysia telah membuat lawatan Kelestarian Hijau di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Fakulti Perhutanan yang terletak Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor. Pihak Kolej juga menyediakan  2 unit bas bagi kemudahan pengangkutan ke sana.  Setiba kami di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Fakulti Perhutanan, kami di sambut oleh En. Kamarulizwan Kamruddin.  Beliau memberi sedikit taklimat mengenai kawasan hutan ini.   Beliau juga memberitahu kawasan ini merupakan kawasan pengajaran dan penyelidikan dan tidak di buka kepada orang awam.

 En. Kamarulizwan Kamaruddin, Pemelihara Hutan sedang memberi taklimat mengenai Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC)

Renjer Fazli Shariff sedang menerangkan keadaan kawasan kepada peserta rombongan.  Beliau juga memaklumkan hanya aktiviti bergambar sahaja dibenarkan dan tiada aktiviti air yang dibenarkan. 

 

 

 

 

Date of Input: 01/02/2018 | Updated: 27/02/2018 | fuziah

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXETQAQ~