Kolej 12 Naib Johan Hoki Wanita Sukan Antara Kolej (SUKOL) Sesi 2015/2016 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Kolej 12 Naib Johan Hoki Wanita Sukan antara Kolej (SUKOL) sesi 2015/2016

Kolej 12 Naib Johan Hoki Wanita Sukan antara Kolej (SUKOL) sesi 2015/2016

Ahad, 29 November 2015 - Pasukan hoki wanita Kolej 12 telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Sukan antara Kolej(SUKOL) sesi 2015/2016.


Pasukan Kolej 12 dalam kumpulan D bersama Kolej 14, KOSASS dan KPZ. Pasukan K12 telah mengumpul sebanyak 5 mata dan menjadi juara kumpulan dan juga layak ke suku akhir. Di peringkat suku akhir, pasukan K12 telah mengalahkan Kolej 5 dengan penentuan penalti setelah seri dalam perlawanan dan layak ke separuh akhir. Di peringkat separuh akhir, K12 telah mengalahkan Kolej 11 2-0 dalam penentuan penalti apabila seri dalam perlawanan. Peringkat seterusnya iaitu peringkat akhir, pasukan K12 dikalahkan oleh Kolej 6 1-3 dan telah dinobatkan naib johan.




Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXETOAi~