Dua Wakil Kolej 12 Menang Pertandingan Pidato Interkolej 2.0 | TWELVETH COLLEGE
» NEWS » Dua Wakil Kolej 12 Menang Pertandingan Pidato Interkolej 2.0

Dua Wakil Kolej 12 Menang Pertandingan Pidato Interkolej 2.0

Ahad, 1 November 2015 - Sekretariat Akademik telah menghantar dua orang pelajar sebagai wakil Kolej 12 dalam Pertandingan Pidato Piala Pengetua Kolej Keenam 2.0 anjuran Kolej Keenam. Pada 31 Oktober 2015 (Sabtu), berpuluh-puluh peserta yang terdiri daripada 17 kolej telah berentap dalam pertandingan pidato dan seramai 5 orang pelajar telah terpilih ke peringkat akhir. Kedua-dua wakil Kolej 12 iaitu Mohammad Najmi dan Zarul Afzar telah layak ke peringkat akhir.


Pertandingan pidato peringkat akhir telah berlangsung keesokan harinya iaitu pada 1 November 2015 (Ahad) yang telah dihadiri oleh TNC UPM di Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam.

Muhammad Najmi


Zarul Afzar


Di akhir majlis, para pemenang telah diumumkan. Mohammad Najmi telah mendapat tempat ke-3 dan Zarul Afzar mendapat tempat ke-5. Walaubagaimanapun, mereka berjaya menempatkan diri dalam top 5 ke peringkat akhir daripada berpuluh-puluh peserta. Kemenangan ini telah menyuntik lagi semangat para pelajar Kolej 12 untuk terus melakar kemenangan dalam apa jua perkara.

Updated:: [rahiza]

MEDIA SHARING

TWELVETH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467408
0389467409
C1505917991