ENTITI KAMI | KOLEJ DUA BELAS
» ENTITI KAMI » Sekretariat Sukan

Sekretariat Sukan




Sekretariat Sukan bertanggungjawab dalam :-

Membentuk satu jawatankuasa kecil dalam menguruskan perjalanan dan kecemerlangan sekretariat di peringkat kolej dan universiti.

Menghadiri persidangan/mesyuarat/program/seminar/aktiviti dan berkaitan dengan sekretariat.

Membantu MTM dalam menjana kewangan dan menjalankan program.

Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat semasa tentang program sukan daripada Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia.

Menganjurkan program berbentuk sukan di peringkat kolej/interkolej/universiti.

Menghantar peserta/wakil dalam setiap program yang diadakan di peringkat kolej dan universiti.

Melantik pengurus pasukan dan ahli jawatankuasa untuk setiap program yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Menyediakan jurulatih dan jadual latihan untuk peserta yang mewakili kolej.

Bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran peserta latihan direkodkan.

Memastikan segala kelengkapan sukan sentiasa mencukupi untuk warga kolej. (setiap kelengkapan yang berbayar hendaklah melalui TP I dan mendapat persetujuan presiden MTM)

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjam oleh peserta/ ahli sekretariat.

Menjaga kebajikan dan keperluan peserta/wakil yang mewakili kolej.

Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan hal ehwal sukan di Kolej 12 dan universiti.

Bertanggungjawab dalam membantu MTM/kolej/universiti dalam menjalankan program/seminar/aktiviti/pertandingan di peringkat kolej dan universiti.

Mengawal selia kebersihan dan bertanggungjawab dalam menjaga bilik MTM.

Sentiasa memaklumkan perkembangan sekretariat kepada top pemantau.

Bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh MTM.

Menjaga nama baik MTM, Kolej 12 dan Universiti Putra Malaysia.


Kemaskini:: 04/10/2016 [fuziah]

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXDdWAc~