Sekretariat Teknologi Maklumat dan Penerbitan dianggotai oleh dua orang ahli MPK. Sekretariat ini bertanggungjawab dalam segala posting di media sosial kolej untuk pemberitahuan seluruh warga kolej dan warga Universiti Putra Malaysia.
Sekretariat ini bertanggungjawab dalam merangka dan melaksanakan program berbentuk ICT di peringkat kolej atau universiti, mengawalselia dan mengemaskini laman web, Facebook, Twitter dan Instagram Kolej 12 serta memberi maklumat kepada warga kolej, kolej-kolej dan universiti tentang aktiviti yang dijalankan.
Kemaskini:: 14/10/2019 [aynafarhana]
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR