ENTITI KAMI | KOLEJ DUA BELAS
» ENTITI KAMI » Sekretariat Keusahawanan dan Alumni

Sekretariat Keusahawanan dan Alumni



Sekretariat Keusahawanan & Alumni bertanggungjawab dalam :-

Membentuk satu jawatankuasa kecil dalam menguruskan perjalanan dan kecemerlangan sekretariat di peringkat kolej dan universiti.

Menghadiri persidangan/mesyuarat/program/seminar/aktiviti dan berkaitan dengan sekretariat.

Membantu MTM dalam menjana kewangan dalam menjalankan program.

Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat semasa tentang program keusahawanan daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) Universiti Putra Malaysia.

Menganjurkan program berbentuk keusahawanan di peringkat kolej/interkolej/universiti.

Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat semasa tentang program alumni daripada Pusat Alumni Universiti Putra Malaysia.

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk ‘homecoming’ dengan melibatkan pihak-pihak tertentu warga Kolej 12 dan universiti.

Menghantar peserta/wakil dalam setiap program yang diadakan di peringkat kolej dan universiti.

Memastikan segala kelengkapan keusahawanan sentiasa mencukupi untuk warga kolej. (setiap kelengkapan yang berbayar hendaklah melalui TP I dan mendapat persetujuan presiden MTM)

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjam oleh peserta/ahli sekretariat.

Menjaga kebajikan dan keperluan peserta/wakil yang mewakili kolej.

Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan hal ehwal keusahawanan di Kolej 12 dan universiti.

Bertanggungjawab dalam membantu MTM/kolej/universiti dalam menjalankan program/seminar/aktiviti/pertandingan di peringkat kolej dan universiti.

Mengawal selia kebersihan dan bertanggungjawab dalam menjaga bilik MTM.

Sentiasa memaklumkan perkembangan sekretariat kepada top pemantau.

Bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh MTM.

Menjaga nama baik MTM, Kolej 12 dan Universiti Putra Malaysia.


Kemaskini:: 04/10/2016 [fuziah]

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXESTAv~