ENTITI KAMI | KOLEJ DUA BELAS
» ENTITI KAMI » Sekretariat Kebudayaan

Sekretariat Kebudayaan



Sekretariat Kebudayaan bertanggungjawab dalam :-

Membentuk satu jawatankuasa kecil dalam menguruskan perjalanan dan kecemerlangan kebudayaan mahasiswa Kolej 12 di peringkat kolej dan universiti.

Menghadiri persidangan/mesyuarat/program/seminar/aktiviti dan berkaitan dengan sekretariat.

Membantu MTM dalam menjana kewangan dan menjalankan program.

Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat semasa aktiviti kebudayaan daripada Astaka Seni Universiti Putra Malaysia.

Menghantar peserta/wakil dalam setiap program yang diadakan di peringkat kolej dan universiti.

Melantik pengurus pasukan dan ahli jawatankuasa untuk setiap program berbentuk kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Menyediakan jurulatih dan jadual latihan untuk peserta yang mewakili kolej.

Memastikan segala kelengkapan kebudayaan sentiasa mencukupi untuk warga kolej. (setiap kelengkapan yang berbayar hendaklah melalui TP I dan mendapat persetujuan presiden MTM)

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjam oleh ahli di bawah sekretariat /peserta pertandingan.

Menjaga kebajikan dan keperluan peserta/wakil yang mewakili kolej.

Mengawal selia kebersihan bilik kebudayaan dan bilik synchro.

Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan hal ehwal kebudayaan di Kolej 12 dan universiti.

Bertanggungjawab dalam membantu MTM/kolej/universiti dalam menjalankan program / seminar/aktiviti/pertandingan di peringkat kolej dan universiti.

Mengawal selia kebersihan dan bertanggungjawab dalam menjaga bilik MTM.

Sentiasa memaklumkan perkembangan sekretariat kepada top pemantau.

Bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh MTM.

Menjaga nama baik MTM, Kolej 12 dan Universiti Putra Malaysia.


Kemaskini:: 04/10/2016

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXESPAB~