Principal's Greeting | TWELVETH COLLEGE
» ABOUT US » Introduction » Principal's Greeting

Principal's Greeting

 



Bismillahirramanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang ke laman sesawang Kolej Dua Belas.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana laman sesawang Kolej Dua Belas berjaya dibangunkan dan terus dikemaskini dengan pelbagai berita terbaru. Dengan wujudnya medium ini, diharapkan segala maklumat dan berita terkini dapat disampaikan dengan lebih efektif dan efisien.

Terdapat 17 buah kolej disediakan oleh UPM untuk pelajar prasiswazah dan pasca siswazah. Kolej Dua Belas (K12) merupakan salah satu daripada Kolej Serumpun yang terdiri daripada empat buah kolej kesemuanya iaitu K12, K14, K15 dan K16. Pelbagai kemudahan yang disediakan di Kolej Serumpun perlu digunakan secara bersama dan penuh berhemah di kalangan pelajar Kolej Dua Belas. Prasarana yang selesa dan kondusif amat dititikberatkan bagi memastikan keselesaan pelajar Kolej Dua Belas terjamin.

Di kesempatan ini juga saya ingin menyeru agar semua warga Kolej Dua Belas dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak kolej.Rebutlah peluang yang ada ini sebaik mungkin sepanjang pengajian anda di bumi bertuah ini kerana pengalaman, kemahiran insaniah dan pembelajaran secara tidak formal ini tidak mungkin anda perolehi dalam bilik kuliah dan sudah tentu tidak ternilai harganya terutama ketika melangkah ke alam kerjaya kelak. Warga kolej harus bersatu hati bagi memastikan visi UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa tercapai.

Akhir kata, jadilah insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Didoakan agar anda berjaya mencapai impian anda di bumi UPM ini.

Terima kasih.



'SENYUM,SALAM, SAPA"


PROF. MADYA DR. MOHAMAD ARIS BIN MOHD MOKLAS
Pengetua
Kolej Dua Belas
Universiti Putra Malaysia

 

 

 

 

 

Updated:: 02/06/2017 [fuziah]

MEDIA SHARING

TWELVETH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467408
0389467409
C1505918439